Usia 58 Duit KWSP Dah Lesap

KUALA LUMPUR: Rata-rata pesara cepat rambang mata melihat wang banyak hasil caruman dalam KWSP hingga membazir untuk tujuan tidak berfaedah.

Keratan Akhbar Harian Metro
Pakar perunding kewangan bebas Charisma Agency, Fiona Tahir berkata, sikap segelintir pesara itu menyebabkan wang berkenaan tidak boleh bertahan hingga lapan tahun atau lebih memandangkan tercetus di hati masing-masing perasaan ingin ‘kaya’ dan ‘merasa’ duit itu.

“Sebahagian besar pesara menghabiskan wang KWSP dalam tempoh singkat selepas dikeluarkan. Pada usia 58 tahun kebanyakannya sudah habis sumber kewangan masing-masing.

“Ada yang menggunakan wang itu untuk membesarkan rumah, melangsaikan hutang kereta atau mengahwinkan anak hingga mencari kerja semula sedangkan tenaga dan kesihatan tidak mengizinkan untuk berbuat begitu.

“Ramai di kalangan kita terlupa memikirkan secara serius perbelanjaan hari tua yang merangkumi wang kecemasan terutama bil hospital atau klinik yang semakin besar perbelanjaannya. Bahkan ada yang menganggap wang KWSP sudah cukup menjamin segala-galanya. Mereka harus membuat pengiraan matang mengenai wang yang bakal diterima pada usia 55 tahun,” katanya

“Ramai di kalangan kita terlupa memikirkan secara serius perbelanjaan hari tua yang merangkumi wang kecemasan terutama bil hospital atau klinik yang semakin besar perbelanjaannya. Bahkan ada yang menganggap wang KWSP sudah cukup menjamin segala-galanya. Mereka harus membuat pengiraan matang mengenai wang yang bakal diterima pada usia 55 tahun,” katanya.

Dia yang juga kolumnis dalam pelbagai ruangan akhbar dan majalah serta sering diundang memberi penerangan mengenai kewangan di stesen televisyen tanah air mempersoalkan bagaimana pesara mahu meneruskan kehidupan jika wang pencen habis ditambah pula tiada sumber pendapatan lain.

Berikutan itu, katanya, mereka perlu bijak menabung supaya tidak timbul sebarang masalah kerana persaraan seharusnya dinikmati dengan penuh keselesaan bukan kesengsaraan.

Menurutnya, mereka yang berjaya di kemudian hari bukan diukur berapa banyak gaji diterimanya namun berdasarkan berapa banyak simpanannya.

Contoh:
Julia berusia 21 tahun, dengan anggaran gaji awal sebanyak RM1,500 serta anggaran purata pulangan dividen KWSP 6%. Turut diandaikan juga kenaikkan gaji 5% setiap tahun hingga tempoh 34 tahun bekerja. (Rujuk carta pengiraan anggaran KWSP)
Pada usia 55 tahun anda mungkin ada RM876,661 dan KWSP mencecah RM1 juta berdasrkan kenaikan gaji tetap. Adakah majikan anda bermurah hati begitu? Lebih penting, mesti mengambil kira faktor inflasi. Nilai RM876,661 hari ini tidak sama nilainya dengan 34 tahun akan datang.

Plan Persaraan Berhemah

Melalui persaraan bermakna anda bebas daripada alam pekerjaan. Tentunya ramai yang mula memasang angan bahawa menikmati hidup bersara saat yang lama dinanti sesudah menabur khidmat di alam pekerjaan lebih 30 tahun. Sebagai pesara, anda mungkin memikul beban jika masih ada anak-anak bersekolah atau ada kalangan anak yang hendak berkahwin atau isteri sakit. Untuk itu, petua berikut mungkin boleh dijadikan panduan buat anda untuk memasuki fasa persaraan yang selesa.

Mulakan Pelan Saraan
Jika tempoh persaraan anda 10 hingga 15 tahun lagi, mula menabung dari sekarang supaya dapat menghadapi persaraan dengan selesa. Apatah lagi jika anda pula seorang ibu tunggal atau bapa tunggal dan mempunyai komitmen yang banyak untuk keluarga, beban itu perlu dipikul dengan penuh rasa tanggungjawab. Jika anda wanita, jangka hayat wanita dikatakan mungkin lebih lama berbanding lelaki. Untuk itu, anda perlu mempunyai tabungan mencukupi untuk menyara diri dan keluarga. Selain itu, anda perlu mempunyai insurans mencukupi terutama kos perubatan atau hospital. Sewajarnya, golongan muda perlu merancang untuk menyediakan dana atau simpanan terutama sebaik saja memasuki alam pekerjaan dengan membina, mengurus dan melindungi kekayaan.

Bajet

Sesiapa sahaja perlu merancang bagi memastikan segala-galanya berjalan lancar. Antara perkara yang perlu difikirkan adalah merancang bajet dengan sebaiknya misalnya apa yang patut didahulukan. Sikap suka menabung amat penting misalnya, sepanjang bekerja dulu anda seharusnya menabung 10% hingga 20% daripada pendapatan bulanan (selain potongan KWSP) kerana ia membantu di saat bersara. Jika anda masih ada hutang dengan bank dahulukan komitmen kereta atau rumah, pastikan anda sudah mengasingkan wang untuk membayar semua itu. Bahkan, jika anak-anak belum melangsaikan yuran atau keperluan pembelajaran, perbelanjaan untuk keperluan itu mesti diutamakan. Guna kemudahan perubatan yang disediakan kerajaan seperti hospital besar dan klinik kesihatan dan elak menggunakan hospital swasta kerana kosnya mahal.

Disiplin

Pesara disaran mengurus wang KWSP dengan baik dan berdisiplin. Elak membelanjakan untuk kenduri kahwin anak-anak, sebaliknya anda digalakkan membuat wasiat. Sekiranya kurang pengetahuan untuk mengurus kewangan, anda dinasihatkan tidak mengeluarkan semua wang sebaiknya mengambil secara ansuran mengikut pelan yang ditentukan KWSP.

Gaya Hidup Sihat

Pesara perlu mengamalkan gaya hidup sihat demi menjaga diri dengan mengamalkan bersenam dan jaga pemakanan untuk mengelak masalah kesihatan yang mungkin menelan kos perubatan tinggi.

Kad Kredit

Cara terbaik disiplinkan diri adalah dengan menggunakan kad debit, tetapi jika perlu menggunakan kad kredit bayar dengan penuh untuk mengelakkan caj kewangan yang tinggi. Ini kerana ada kalangan pelanggan menggunakan kad kredit sewenang-wenangnya dan tidak mengurus dengan baik terutama dalam soal pembayaran.

Oleh Noriah Idris
nori@hmetro.com.my
Sumber : Harian Metro

DAPATKAN TEMUJANJI ANDA BERSAMA MR. RUDY SEGERA!!!
CALL/SMS Nama & Lokasi Anda ke 016-2658986

(Saya akan bantu anda. TQ)

No comments: