Bagaimana Mengukur Prestasi Unit Amanah???

Bagi mengukur prestasi dana unit amanah, pelabur perlu memahami definasi asas pulangan pelaburan. Ia mempunyai banyak kaedah yang boleh digunakan oleh anda. Dibawah ini dikongsikan beberapa cara mengukur prestasi sesuatu dana unit amanah.

Jumlah Pulangan

Perubahan di dalam Nilai Aset Bersih (NAB), dengan andaian pengagihan pendapatan akan dilaburkan semula dan tiada transaksi jualan balik dibuat sepanjang tempoh tersebut.

Pulangan Pengagihan Pendapatan

Pengagihan pendapatan dibahagikan dengan harga tabung, ia bergantung pada prestasi semasa NAV sesuatu dana unit amanah kerana harga NAV setiap unit sentiasa berubah.

Contoh Graf Prestasi Mengikut Sejarah Lampau
Penanda Aras
Walaupun prestasi masa lalu tabung unit amanah tidak dapat menunjukkan prestasinya untuk masa hadapan, prestasi masa lalu sebuah tabung unit amanah boleh digunakan sebagai perbandingan dengan penanda aras dan tabung unit amanah lain yang mempunyai objektif pelaburan yang sama. Penggunaan penanda aras yang sesuai dengan objektif tabung atau kelas aset banyak memberi faedah kerana kelas aset yang berbeza mempunyai prestasi yang berlainan mengikut keadaan pasaran. 

Sebagai contoh, kebanyakkan tabung ekuiti melabur dalam ekuiti Malaysia menggunakan penanda aras Komposit Indeks Kuala Lumpur (KLCI) atau mana-mana indeks Bursa Malaysia. Bagi tabung imbang pula, ia akan menggunakan penanda aras yang mempunyai kombinasi kelas aset. Contohnya, 50:50 iaitu kombinasi KLCI dan 3-bulan KLIBOR. Apabila memilih tabung unit amanah, pelabur harus memilih tabung yang secara konsisten mencatat prestasi melebihi penanda aras atau pesaingnya.

Laporan Prestasi Tahunan

Anda boleh menyemak didalam laporan prestasi tahunan sesuatu dana mengikut syarikat yang anda sertai. Dengan cara itu anda boleh mengetahui pelbagai maklumat penting berkaitan urusniaga yang dijalankan.

Quaterly Fund Review (QFR)

Setiap quarter akan dibentangkan berkenaan pulangan, prestasi, kelas aset, lokasi pelaburan di buat, pengagihan dan banyak info berguna yang boleh di manfaatkan. Selalunya 1 tahun terdapat 4 quarter berkenaan fund review.

No comments: