Booth Promosi Unit Amanah di Masjid Al-Hasanah

Hari ni aku buka booth promotion di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi.. Permulaan yang agak perlahan kerana terpaksa menunggu rakan seperjuangan untuk peralatan booth. Alhamdulillah... sampai juga akhirnya beliau dan terus memasang peralatan booth promosi kami.

Sekadar Gambar Hiasan


Apa yang menyeronokkan di sini ialah pelbagai ragam orang yang akan kita temui. Ada yang datang terus berkunjung ke meja untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk pelaburan yang di sediakan samada melalui KWSP mahupun secara tunai.

Disamping itu ada juga dikalangan mereka yang cuba menggelak untuk menghampiri booth kami. Jangan risau, kami bukan hendak menyusahkan anda tapi sekadar berkongsi kebaikan menyimpan dan melabur dengan kami. Insyaallah ia adalah untuk perancangan persaraan atau pendidikan anak-anak masa depan anda. 

Rupanya masih ramai yang belum buat lagi pelaburan melalui KWSP akaun 1. Adakah mereka tidak tahu atau tidak ambil tahu?? Hasil pendekatan yang digunakan ketika mendekati mereka berkenaan perkara ini, mereka balas dah sudah tahu mengenai perkara ini.. tapi persoalannya adakah mereka mengambil tindakan berkenaan perkara ini?? Rata-rata sekadar tahu tapi tidak bertindak. Kerana apa?? Mungkin juga mereka tidak begitu faham sepenuhnya berkenaan perkara ini atau tiada perbezaan dengan menyertai peluang ini ataupun sebaliknya. 

Ibarat jinak-jinak merpati... nak didekati ia lari. Huhu... begitulah perumpamaannya. Tapi kerjaya aku memang memerlukan usaha gigih dalam menjalankan tanggungjawab aku sebagai perunding unit amanah terutamanya dalam mendidik masyarakat dalam pengurusan, perancangan mahupun matlamat kewangan mereka samada bagi pelan pendidikan anak-anak, persaraan & matlamat kewangan lain.

Insyaallah, di samping itu juga aku berharap keupayaan yang ada ini dapat menyumbang usaha kepada mereka yang memerlukan khidmat rundingan selagi itu pasti aku curahkan. Setiap yang berusaha pasti mendapat ganjarannya. Bertindaklah sekarang!!!

Ayat last sekali daripada Bro Zamri "Banyak ko dapat contact yer!!". Alah..... redah je bro.. mereka berminat kita dapatkan contact, jika tidak go for NEXT!!!

No comments: