Berapa saya dapat jika melabur RM20K selepas 4 bulan???

Soalan cepu emas yang saya terima daripada seorang client ketika buka booth promotion di Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya yang lalu. 

Soalannya berbungi "BERAPAKAH SAYA BOLEH DAPAT SELEPAS 4 BULAN JIKA SAYA MELABUR RM20,000.00???

Wooowsss...sekali dengar macam best dan gempak... bolehkah?? Maaf saya katakan pada beliau dalam pelaburan ni tiada menjaminkan sesuatu pulangan yang pasti memandangkan pelaburan dibuat dalam tempoh jangka masa pendek sedangkan dalam pelaburan ini ia adalah untuk jangka masa sederhana ke panjang.

Tempoh pelaburan dibuat tidak memenuhi kehendak beliau. Tempoh masa sekurang-kurangnya 3 tahun ke atas. Ia adalah tempoh masa yang disarankan tetapi bergantung pada keadaan pasaran atau prestasi sesuatu dana. Jika ia memberangsangkan/sebaliknya maka akan ada tindakan susulan yang perlu dilakukan.

Saya menambah lagi, pulangan atau pengagihan (distribution) diberikan setiap tahun jadi jika 4 bulan diperuntukan untuk pelaburan memang sukar untuk dijelaskan. Jadi, jika begitu kehendak yang beliau mmg saya tidak menyarankan beliau menyertai pelaburan ini. Mungkin dia belum faham lagi konsep & objektif sebenar pelaburan ini. Tapi, selepas di terangkan beliau mulai faham.

JIKA ANDA MAHUKAN PULANGAN YANG CEPAT INI BUKAN PLATFORM YANG SESUAI!!!

Sekadar berkongsi pengalaman. Jika anda memerlukan khidmat rundingan mengenai simpanan kewangan anda sila hubungi Mr. Rudy 016-2658986. Saya akan menerangkan bagaimana anda mampu mencapai kebebasan kewangan untuk masa hadapan samada bagi perancangan pendidikan, persaraan atau sebagainya.


No comments: