Pencarum KWSP capai umur 75 tahun diminta keluar simpanan

Walaupun ini adalah artikel lama, tapi aku tetap mahu sharekan pada pembaca di luar sana supaya tahu dan alert berkenaan perkara ini. Tahukan anda hanya sehingga umur 75 tahun saja.... Manfaatkan ia utk anda nikmati di hari tua kelak.. ;-)


Artikel dibawah adalah di rujuk...

Pencarum KWSP capai umur 75 tahun diminta keluar simpanan

KUALA LUMPUR: Semua pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diminta mengeluarkan simpanan mereka apabila mencapai umur 75 tahun.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat KWSP, Nik Affendi Jaafar, berkata, ini berikutan tiada lagi caruman yang akan diterima selepas menjangkau umur berkenaan serta tiada lagi dividen diberikan ke atas jumlah simpanan pencarum.

Katanya, jumlah simpanan pencarum juga akan dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut apabila mereka telah mencapai umur 80 tahun.

“Caruman KWSP adalah simpanan untuk kegunaan hari tua iaitu kegunaan selepas mereka tidak lagi bekerja atau bersara. Jadi, inilah masanya mereka menikmati jumlah simpanan itu. Kenapa perlu hendak simpan di sini (KWSP) lagi?

“KWSP bukan macam bank. Sebab itu, kita tidak menggalakkan mereka untuk terus simpan wang di KWSP kerana selepas umur 75 tahun, kita tidak akan lagi membayar dividen.

“Kita juga akan pindahkan jumlah wang kepada kerajaan sekiranya tidak dituntut bila dah sampai umur 80 tahun,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tentang beberapa kekeliruan mengenai pengurusan wang caruman KWSP selepas pencarumnya menjangkau umur 75 tahun.
Katanya, perkara ini bukan lagi menjadi isu kerana semuanya telah tertakluk di bawah Akta KWSP. – BERNAMA 
 Baca selanjutnya di Harian Metro Online


 


No comments: