Bersediakah anda untuk Pelan Pendidikan Anak??? Mulakan sekarang!!!

Kita semua ingin memberi yang terbaik kepada anak-anak kita. Ini termasuk memberi pendidikan yang baik supaya mereka akan mempunyai permulaan yang memanfaatkan dalam masyarakat kompetetif ini. 


Namun, anda perlu bersedia untuk menanggung kos universiti yang semakin melambung tinggi. Oleh yang demikian, anda harus mula menabung pada usia muda, bahkan sebelum anak-anak anda memulakan pendidikan mereka.
"Pendidikan bukanlah persiapan untuk hidup, pendidikan adalah kehidupan"
-JOHN DEWEY

"Pendidikan adalah kunci untuk membuka pintu emas kebebasan"
-GEORGE WASHINGTON CARVER

Anda hanya perlu mengikut beberapa langkah seterusnya bagi bersiap sedia untuk membiayai pendidikan anak anda pada masa depan:

1) Menentukan Kos Pendidikan Masa Hadapan Anak Anda

Berikut adalah beberapa faktor yang anda perlu pertimbangkan semasa menghitung kos pendidikan masa hadapan anak anda:

-Tempoh masa sebelum anak anda melanjutkan pelajaran di universiti.
-Sama ada anak anda akan belajar di universiti tempatan atau luar negara.
-Jenis dan jangka masa kursus yang aak anda akan pelajari.
-Kadar pertukaran mata wang di negara yang anak anda bakal melanjutkan pelajaran.

Anda juga harus mempertimbangkan kesan inflasi pada perbelanjaan anda pada masa akan datang. Andaikan kadar inflasi 4%, kos kursus 4 tahun di Universiti Monash di Australia pada masa ini ialah RM320,000.00*, kos akan meningkat kepada RM576,000.00 selepas 15 tahun.


2) Menghitung Berapa Banyak Yang Anda Perlu Menabung

Jika anak anda berumur 4 tahun pada tahun ini, anda mempunyai lebih kurang 15 tahun untuk menyediakan satu dana pendidikan sebelum dia memasuki universiti pada usia 19 tahun.

Walaupun anda boleh mengeluarkan wang daripada simpanan Akaun II KWSP anda melalui Skim KWSP Pengeluaran Pendidikan, wang ini mungkin tidak mencukupi untuk dana pendidikan anak anda.


3) Ambil Tindakan Hari Ini
i)-Bermula dengan satu jumlah besar pelaburan dalam unit amanah pilihan anda.
ii)-Mengamalkan Pemurataan kos ringgit dan meneruskan pelaburan anda setiap bulan.
iii)-Bermula seawal mungkin untuk memperolehi keuntungan daripada penambahan faedah untuk mecapai jumlah yang diperlukan.
iv)-Menggunakan Perisan Perancangan Pendidikan Financial Feedom untuk menghitung beberapa banyak yang anda perlu menabung. Perisian tersebut membenarkan anda:

-Mengdiagnos toleransi risiko kewangan anda,
-Menganalisis keperluan-keperluan pendidikan anak anda,
-Menentukan dana yang diperlukan,
-Memeriksa simpanan KWSP anda untuk menentukan adakah wang simpanan KWSP anda cukup untuk membiayai pendidikan anak anda, dan
-Mencadangkan cara-cara pembiayaan.


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi perunding unit amanah anda atau emelkan ke kaharuddinpmb@gmail.com untuk mendapatkan proposal bagi pelan pendidikan anak anda sekarang. Sebarang temujanji sila hubungi talian 016-2658986. Saya akan membantu anda untuk merancang pelan pendidikan anak-anak anda.

*Merujuk kepada kebanyakan kursus berasaskan praktikal. Angka ini adalah merujuk satu anggaran sahaja, berdasarkan kadar pertukaran A$1 = RM2.80 dan di bundarkan ke angka RM1,000 yang terhampir. Sumber : Panduan Kos Universiti, Edisi ke-7, Julai 2010



No comments: