>> Perancangan Persaraan Untuk Penyediaan Tahun-Tahun Keemasan Anda

Setiap individu daripada bidang pekerjaan dan lingkungan umur yang berbeza akan bersara pada suatu hari nanti. Tanpa mengira bagaimana anda ingin menghabiskan tahun-tahun keemasan anda perlu membuat persediaan kewangan yang mencukupi terlebih dahulu.

Dengan mengikuti langkah-langkah berikut, anda boleh mula melangkah ke gaya hidup persaraan yang diidamkan :-

Langkah 1: Menjangka umur persaraan anda dan tempoh tahun keemasan
Walaupun persaraan awal amat diidamkan, ia juga bermaksud anda memerlukan wang persaraan yang lebih banyak kerana tempoh persaraan anda menjadi lebih lama. Menurut Bank Negara Malaysia adalah 77 tahun untuk lelaki dan 83 untuk perempuan. Ini juga bermakna wang persaraan anda perlu menghadapi kesan hakisan inflasi untuk kira-kira 20 tahun. Oleh yang demikian, adalah amat penting untuk anda menyediakan wang simpanan yang mencukupi untuk membiayai taraf hidup yang semakin meningkat.

Contoh Senario:
Rudy adalah seorang Pengurus Ladang berumur 35 tahun yang ingin bersara pada tahun 55 tahun dan beliau menjangkakan akan hidup sehingga umur 80 tahun. Ini bermakna tempoh persaraannya ialah 25 tahun dan beliau mempunyai 20 tahun untuk menyediakan wang persaraanya.

Langkah 2 : Menentukan keperluan persaraan anda
Langkah yang seterusnya adalah untuk memikirkan tentang apa yang anda akan lakukan di sepanjang tempoh persaraan. Anda juga perlu memberi perhatian kepada perbelanjaan hidup asas anda semasa persaraan termasuk yang akan meningkat dan yang akan menurun kosnya.
Satu cara mudah untuk mengukur berapa banyak yang akan anda perlu untuk persaraan anda adalah dengan mengambil 80% hingga 90% daripada perbelanjaan tahunan anda yang terkini. Bagaimanapun, anda juga perlu mengambil kira kadar inflasi untuk tahun-tahun sebelum persaraan anda. Gunakan Jadual A untuk mengetahuiberapakah perbelanjaan tahunan anda semasa anda bersara.

Contoh Senario:

Perbelanjaan tahunan Rudy berjumlah RM60,000 (termasuk pembayaran balik pinjaman untuk rumah dan kereta). Menjangkau persaraannya, Rudy bermatlamat untuk membayar sepenuhnya cagaran dan bebas daripada sebarang hutang di sepanjang tahun-tahun keemasannya. Oleh itu, pada anggarannya, perbelanjaan tahunannya selepas bersara akan berjumlah 80% daripada perbelanjaan semasa. Dengan mengambil kira inflasi tahunan 4%, perbelanjaannya akan meningkat ke RM105,120 selepas 20 tahun.

Perbelanjaan Semasa = RM60,000
Perbelanjaan Masa Depan = (RM60,000 * 80%) x 2.19 = RM105.120


Langkah 3 : Menghitung berapa banyak yang diperlukan untuk menjana tabung persaraan anda dan kekurangannya
Untuk menjana wang yang secukupnya untuk persaraan, anda perlu menabung sejumlah wang ke dalam alat pelaburan yang memberi pulangan yang baik.

Namun demikian, anda patut mengambil perhatian bahwa walaupun anda telah bersara, inflasi akan terus melambung naik. Oleh itu, pulangan sebenar anda akan menjadi kurang selepas dilaraskan dengan inflasi. Anda boleh mengira tabung persaraan yang anda pelu dengan menggunakan Jadual B.

Contoh Senario:
Rudy bermatlamat mendapat 5 peratus pulangan daripada pelaburan semasa persaraannya. Dengan menggunakan perbelanjaan tahunan berjumlah RM105,120 dan kadar pulangan benarnya (kadar pulangan benar semasa persaraan selepas diselaraskan dengan kadar inflasi, 5%-4% = 1%) beliau akan memerlukan kira-kira RM2,337,869 untuk menampung dirinya untuk 25 tahun tempoh persaraan.

Tabung Pelaburan yang diperlukan pada umur persaraan = RM105,120 x 22.24 = RM2.337,869

Selepas mengira jumlah tabung pelaburan yang anda perlukan, anda perlu menentukan beberapa banyak yang akan anda masih kurang. Dengan menolak jumlah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dijangka ada semasa anda bersara nanti, anda dapat menentukan berapa banyak yang anda perlu menyimpan sebelum anda bersara.

Contoh Senario:
Rudy menjangka beliau akan ada lebih kurang RM950,000 dalam akaun KWSPnya semasa beliau bersara. Ini bermaksud dia perlu menjanakan RM1,387,869 dalam tempoh 20 tahun daripada sekarang.

Tabung Persaraan = RM2,337,869
Simpanan KWSP = RM950,000
Kekurangan = RM2,337,869 - RM950,000 = RM1,387,869

Langkah 4 : Sediakan pelaburan berjumlah besar untuk memulakan program tersebut.

Ia akan membantu sekiranya anda ada satu simpanan berjumlah besar untuk memulakan program itu. Terlebih dahulu, anda perlu menyediakan sekurang-kurangnya jumlah perbelanjaan untuk enam bulan sebagai tabung persediaan kecemasan. Anda boleh menggunakan Jadual A untuk mengira berapa banyak pelaburan jumlah besar yang anda boleh buat.

Contoh Senario:

Selepas menyediakan tabung persediaan kecemasan untuk enam bulan, Rudy ada kira-kira RM70,000 untuk memulakan program pelaburannya. Beliau merancang untuk melabur jumlah itu ke dalam satu dana unit amanah ekuiti yang dijangka akan memebri pulangan tahunan sebanyak 9%*. Ini Bermakna pelaburannya akan bertambah sehingga RM392,000 semasa dia bersara, meninggalkan kekurangan sebanyak RM995,869 untuk tabung persaraanya.

Pelaburan jumlah besar = RM70,000
Jumlah selepas 20 tahun = RM70,000 x 5.60 = RM392,000
(Dengan pulangan tahunan 9%)

Kekurangan  = RM1,387,869 - RM392,000 = RM995,869

*Angka ini hanya satu andaian dan tidak menunjukkan prestasi masa lampau atau prestasi masa depan bagi sebarang dana unit amanah khusus. 

P/S: Jika artikel ini menarik sila kongsikan kepada rakan-rakan anda dengan sharekan di Facebook atau Tweeter. TQ 

1 comment:

Amisha said...


Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.

Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.

Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.

Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.

Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut